Sunday 19 November 2017

Tok Aman Bali beach resort Kota bahru

Assalamualaikum.

Dalam perjalanan balik dari Wakaf che yeh kami mengambil keputusan untuk perlahan-lahan balik ke kuala berang melalu jalan pantai.Dalam perjalanan kami singgah di Tok Aman Bali Beach Resort .Merupakan tempat menarik di kelantan yang terbaik, bertaraf 4 bintang. Lokasinya terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 km dari bandar Kota Baharu.Lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar membolehkan pengunjung yang datang menikmati suasana panorama pantai yang indah dan mendamaikan bersama pasangan dan keluarga tersayang.. 


Antara keunikan di resort ini adalah rekabentuknya, dimana kesemua blok menghadap kolam renang yang luas dan sangat sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak. 



Pelbagai aktiviti outdoor yang anda dan anak-anak boleh cuba.Nak berbasikal boleh berkayak boleh, paint ball pun ada.


Harga bilik triple plus breakfast - RM 330.00
(Booked thru Booking.com)
Muatlah untuk 5 orang(3 dewasa 2 kanak-kanak)kalau bawak toto boleh letak kat lantai..lepas tu golek-golek.
Kos :
Minyak dari Kota bahru -RM 50.00
Makan - RM 100.00
Bilik -RM 330.00
TOTAL : RM 500

No comments:

Post a Comment