Saturday 25 November 2017

Ayam goreng berempah

Dalam hujan-hujan ni,kak in terasa nak makan nasi panas dengan ayam goreng berempah yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan

1. 1/2 ekor ayam - di potong 6
2. 2 sudu besar rempah kari
3. 1 sudu kecil kunyit serbuk
4. 1 sudu kecil rempah cap rose
5. 1 biji bawang besar - potong 6
6. 4 ulas bawang putih - di ketuk
7. 3 batang serai- di potong halus
8. 1 sudu besar gula perang
9. 1 sudu kecil secukup rasa

Cara memasak

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali ayam
2. Gaulkan kesemua bahan blender tadi bersama ayam
3. Perap selama 1/2 jam
4. Masukkan ayam yang di gaul ke dalam air fryer. MASA 35 minit dan suhu 200°
5. Terbalik-balikkan ayam setiap 15 minit
6. Selepas 35minit siap..bersama kriuk-kriuknya lagi

Kak In langsung tak guna minyak masa masak ni...tapi hasilnya sama seperti kalau Kak In masak menggunakan kuali.


Nampak tak kriuk-kriuk tu..sedap langsung tak rasa hangit dia..dan ayam pun lebih juicy.

Makan nasi panas-panas dengan ayam ni tambah dengan kuah kari dan sambal kicap johor...terangkat, boleh tambah 2,3 pinggan.

No comments:

Post a Comment