Tuesday 3 April 2018

Ibu

Setelah sekian lama kak in tak menulis sebarang pos..hari ni kak in nak mula menulis..kak in harap apa yang kak in tulis ni tidak menyinggung mana-mana pihak.ini hanya sekadar luahan hati kak in yang sunyi hari ini

Tanggal 31/3/2018 ibu kak in telah mengadap Illahi.Kak in rasa sangat sunyi sekrg.Walaupun hubungan kak in dgn ibu tak serapat mana...tapi setiap saat kak in teringatkan dia bukan selepas dia pergi tapi sebelum tu lagi.cuma kelemahan kak in ...kak in tidak pandai nak impress perasaan sayang kak in pada dia.Kak in tak selalu call dia...tapi kak in selalu sedekahkan dia fatihah sejak di hidup lagi.Kak in tak mampu nak bagi dia wang ringgit dan harta kekayaan sewaktu hayatnya,tapi insyallah kak in akan mewahkan dia di alam sana..dengan doa & amalan kak in.hari ni kak terasa amat sunyi bila dia tak da...Kerana sebelum ni kak in selalu fikir dia ada walaupun kak in tak selalu hubungi..tak pernah terlintas pun yang dia akan pergi seawal ni.Kak in ingatkan dia akan pergi pun ketika usianya menjelang 80an...tapi Allah maha penyayang...Mungkin ibu dah tak tertanggung lagi dengan dugaan Allah.kak in redha dengan permergiaannya..dia sudah cukup hidup susah..Bila kak in pandang jenazah arwah terdetik di hati kak in..bilakah saatnya ibu kak rasa bahagia..rasa gembira rasa tenang..ibu tenanglah ibu di sana...Maaf kan semua kesalahan klong pada ibu.I love you ibu.

Saturday 25 November 2017

Ayam goreng berempah

Dalam hujan-hujan ni,kak in terasa nak makan nasi panas dengan ayam goreng berempah yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan

1. 1/2 ekor ayam - di potong 6
2. 2 sudu besar rempah kari
3. 1 sudu kecil kunyit serbuk
4. 1 sudu kecil rempah cap rose
5. 1 biji bawang besar - potong 6
6. 4 ulas bawang putih - di ketuk
7. 3 batang serai- di potong halus
8. 1 sudu besar gula perang
9. 1 sudu kecil secukup rasa

Cara memasak

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali ayam
2. Gaulkan kesemua bahan blender tadi bersama ayam
3. Perap selama 1/2 jam
4. Masukkan ayam yang di gaul ke dalam air fryer. MASA 35 minit dan suhu 200°
5. Terbalik-balikkan ayam setiap 15 minit
6. Selepas 35minit siap..bersama kriuk-kriuknya lagi

Kak In langsung tak guna minyak masa masak ni...tapi hasilnya sama seperti kalau Kak In masak menggunakan kuali.


Nampak tak kriuk-kriuk tu..sedap langsung tak rasa hangit dia..dan ayam pun lebih juicy.

Makan nasi panas-panas dengan ayam ni tambah dengan kuah kari dan sambal kicap johor...terangkat, boleh tambah 2,3 pinggan.

Monday 20 November 2017

Khasiat surah yassin

Khasiat dan Keutamaan Surah Yasin:

1. Menurut sabda Nabi Muhammad saw, siapa membaca surah Yaasiin(Yasin) satu kali, sama dengan membaca Alqur’an sampai khatam(selesai)sepuluh kali, siapa membiasakan membaca surah Yaasiin setiap malam sampai mati, maka termasuk mati syahid.

2. Jika dibaca pada waktu pagi, maka memperoleh kegembiraan sampai prtang, dan jika dibaca petang hari maka dapat gembira sampai pagi.

3. Jika dibacakan untuk orang yang akan meninggal dunia, maka tidak akan dicabut nyawanya selagi ia belum didatangi malaikat Ridwan dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal tersebut.

4. Jika dibacakan pada mayat di dalam kubur maka diringankan siksanya, jika ditulis dan dilebur air, lalu diminum, sama dengan meminum seribu obat.

5. Khasiatnya lagi adalah dapat dipergunakan sebagai pengobatan sakit panas, caranya dibaca sekali, setiap sampai pada lafadz “MUBIIN” dengan mengikat benang sekali sampai tujuh, kemudian diikatkan pada bahu kanannya orang yang sakit panas, maka insya Allah sehat kembali.

6. Sebagai Pelindung  Rumah

Ambil Air Satu Ember Besar penuh.
Celupkan jari telunjuk kanan kedalam ember yang di isi air.
Baca Sholawat Nabi 3 X
Baca surah Yasin 7 X, pada ayat ke 9 baca 11 x
Baca Ayat Qursy 99 X
Baca Ayat Qursy 1 X, lalu pada ayat ter akhir baca 100 X
Berdo'a mohon kepada Allah, agar air bermanfaat untuk memagari rumah sehingga apabila ada ghoib fasik/ kafir akan binasa seketika itu juga.(Saat berdo'a jari telunjuk kanan tetap ada di dalam ember air).Keterangan:- Setelah berdo'a, percikan air ke seluruh area rumah (Pagar, tembok rumah, pintu, genteng dll).- Gunakan juga sedikit untuk membersihkan lantai.- Masukan kedalam tangki Air dll.

7.  “Siapa yang membaca Surah Yassin dipagi hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.

8.  “Siapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampuni. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”

9.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”

10.  “Siapa membaca Surah Yassin, ia akan diampuni,

11. siapa saja yang membaca saat kelaparan, maka akan dihilangkan kelaparannya itu

12. siapa membacanya dikala saat tersesat, akan menjumpai jalannya kembali

13. siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya lagi

14.  bila seseorang itu membacanya karena takut  kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi.

15. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”

16. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”

17.  “Jikalau seseorang  membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”

18. “Apabila meninggal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

19. Baca Yasin 1x = 10x baca al-quran

Sunday 19 November 2017

Tok Aman Bali beach resort Kota bahru

Assalamualaikum.

Dalam perjalanan balik dari Wakaf che yeh kami mengambil keputusan untuk perlahan-lahan balik ke kuala berang melalu jalan pantai.Dalam perjalanan kami singgah di Tok Aman Bali Beach Resort .Merupakan tempat menarik di kelantan yang terbaik, bertaraf 4 bintang. Lokasinya terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 km dari bandar Kota Baharu.Lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar membolehkan pengunjung yang datang menikmati suasana panorama pantai yang indah dan mendamaikan bersama pasangan dan keluarga tersayang.. 


Antara keunikan di resort ini adalah rekabentuknya, dimana kesemua blok menghadap kolam renang yang luas dan sangat sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak. 



Pelbagai aktiviti outdoor yang anda dan anak-anak boleh cuba.Nak berbasikal boleh berkayak boleh, paint ball pun ada.


Harga bilik triple plus breakfast - RM 330.00
(Booked thru Booking.com)
Muatlah untuk 5 orang(3 dewasa 2 kanak-kanak)kalau bawak toto boleh letak kat lantai..lepas tu golek-golek.
Kos :
Minyak dari Kota bahru -RM 50.00
Makan - RM 100.00
Bilik -RM 330.00
TOTAL : RM 500

Nasi ayam simple mama


Pagi ni kak in bawak si kakak pergi Rhb masuk duit asb dia.Balik tu singgah ayamas beli ayam..Hajat kat hati nak masak nasi ayam simple mama.

Bahan-bahan

NASI

1. Beras bashmati 2 1/2 pot(di rendam 10 minit)
2. Rempah 3 beradik
3. Halia -3 inci
4. Kuib ayam maggi - 1 kuib
5. Daun pandan 2 helai
6. 1 sudu kecil secukup rasa
7. Ayam seekor (di rebus)
(Kak inn beli ayamas size s)
8. Air coway 3 cawan
9. Planta 4 sudu besar

Cara masak

1. Masukkan semua bahan di atas(kecuali beras,planta dan daun pandan)
2. Tunggu hingga menggelegak aka ayam empuk
3. Asingkan ayam dan kuah
4. Kuah sup tadi di campurkan dengan beras dan masukkan ke dalam periuk nasi berserta daun pandan
5. Bila nasi dah masak masukkan planta dan gaul


AYAM BLACK PEPPER
(ambil resepi dari Azie kitchen)

1/2 ekor ayam (yang di rebus tadi)
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.Masukkan ke dalam air freyer. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak(lebih kurang 12 minit)


Ayam goreng

1. 1/2 ekor ayam (yang di rebus tadi)
2. Tepung serbaguna spicy tesco - 3 sudu besar
3. Gula merah 1 sudu kecil

Campurkan semua bersama ayam dan perap dalam 5 minit.Kemudian masukkan ke dalam air fryer dalam 12 minit dengan suhu 180°


SUP 

1. Sup dari ayam rebusan tadi(boleh letak bawang goreng..tapi kak inn tak letak sebab anak-anak tak suka)

SAMBAL

1. Tomato - 1biji
2. Cili merah - 4 biji
3. Kuah sup 1 senduk kecil
4. Gula pasir -3 sudu
5. Garam secubit


Nina nadirah weeding

Selamat pengantin baru Nina dan farhan.Walaupun dah terlalu lambat nak upload dalam blog kak inn.


Ice skating IOI PUTRAJAYA

Mulanya kak in ingat anak-anak kak in tak pandai nak main..tapi bila masuk gelanggang macam-macam aksi di buatnya


Admission fees kat IOI Putrajaya..(kak in ambik dari google image)

Kos untuk kali ini
1. Tiket : RM 90.00
(Untuk 3 orang)
2. Locker : RM 2.00
TOTAL : RM92.00

Gloves dengan socks anak-anak kak in bawak sendiri.