Thursday, 27 November 2014

Lake toba-bretagi-medan- DAY 1

Ingat lagi tak pasal 60card tu...walaupun tak lepas sasaran...tapi tiket tetap dapat....atas dasar apa..hati budi boss...tq..boss....itu rezeki namanya...Nasiblah ada geng..kak lin dan kak zaha pun pergi jugak...tq kak lin temankan kami.Sehari sebelum bertolak aku pergi money changer depan office je untuk tukar duit idr...aku tukar $ 498 dapatlah 1,800,000idr masa tu...cukuplah untuk beli-beli barang,makan dan airport tax.Niat hati pergi ni nak tengok tempat orang dan budaya orang.

Day 1

KLIA-KUALA NAMU-PRAPAT LAKE TOBA

pagi-pagi subuh dah bertolak ke klia...
sembahyang kat airport dengan anak bujang...bukan main tersengih lagi anak bujang bila dapat ikut kesana
kami berlepas tepat jam 7.45am waktu malaysia dan kami pun sampai 7.35am waktu tempatan...
Airport baru cantik dan besar...orang pun tak ramai lagi..mungkin sebab pagi lagi agaknya
Sesampai kami di airport kuala Namu, aku terus je beli prepaid indon...SIMPATI tak mahal pun 25000rp je siap topup...
Lepas tu driver kami merangkap pemandu pelancong terus bawak kami melalui jalan tikus keluar dari airport kemudian melalui beberapa daerah sebelum sampai ke danau toba
Sebelum sampai lake toba banyak tempat yang kami singgah.Singgah rasa kerepek..singgah makan kat restaurant minang..tengok pelbagai panorama yang unik Adat tradisi orang batak waktu kematian dll.
Bila sampai je Perapat-lake toba hujan renyai-renyai...walaupun macam tu tak menghalang si bujang untuk menawan kolam renang Niagra Hotel..petang tu sebelum makan jalan-jalan jap di Pekan Perapat sambil meredah hujan...

No comments:

Post a Comment