Sunday, 19 November 2017

Bercuti lagi di langkawi 2016

Lama benar dah simpan nak cerita pasal percutian di tempat favourite kami sekeluarga...Langkawi our fav destination...walau dah berkali kami tetap akan datang....
Kali ni kami stay di Dayang Bay Apartment resort .Lokasi yang menarik di tepi pantai dan banyak tempat makan.Breakfast pun sedap.Apartment satu bilik je tapi kat ruang tamu ada sofa bed yang amat empok..lena sungguh kak in tidur kat situ.Yang penting harganya budget...Kali ni kak in tak berjalan sangat sebab kak in baru seminggu jalani operation untuk membuang cyst.So kak in banyak habiskan masa kat bilik berbanding anak-anak.

Yg ni kak in pinjam gambar dari google.Sebab tak sempat nak ambik gambar ...bilik dah bersepah

Ni lah contoh sofabed yang super empok kat ruang tamu
Walaupun kak in tak booked bilik mengadap laut tapi dari balkoni bilik kak in tetap boleh nampak laut yg indah
Kak in banyak habiskan masa dengan mengambil gambar pemandangan dari dalam bilik je
Di sebabkan si mamanya tak berapa nak larat ..Anak-anak berdikari sendiri jelajah langkawi kali ini...

Kos 3h2m
1. Tiket air asia utk 5 org -RM810
2. Apartment -RM 780
(Termasuk breakfast 5orang dan extrabed)
3. Makan - RM250
4. Coklat-RM250
(Kak in bagi seorang RM50.00)
5. Tiket dll - $200
6. Sewa kereta-RM 150
( Untuk 3h3m)
7. Minyak kereta -RM 50
TOTAL : RM 2,540
(3h2m all in termasuk tiket flight air asia)

No comments:

Post a Comment